KOPERASI KELUARGA MUHAMMAD JABAR RAUB BERHAD (C-4-0827)


Dari kiri: Nisbar Mohd Nasib (Pengerusi), Abdul Razak Abdul Rahman (Bendahari), Kamarul Baharin Abdul Rahman (Setiausaha)
Abdul Jabbar Mohd Yudin (Timbalan Pengerusi), Dato Abdul Wahab Abdul Majid (Yang DiPertua)


Hari Keluarga 2014 (Klik)

PENUBUHAN KOPERASI

Koperasi Keluarga Muhammad Jabar Raub Berhad telah mendapat kelulusan penubuhan sebagai koperasi asas dengan liability terhad di bawah subseksyen 7(1) akta Koperasi 1993, pada 15hb Januari, 2013.

Tujuan penubuhan koperasi ini adalah bagi meningkatkan taraf sosio ekonomi anggota melalui pengumpulan dana dan menjalankan aktiviti-aktiviti socio ekonomi serta mengusahakan perniagaan untuk kepentingan anggota. Mengeratkan tali persaudaraan di kalangan ahli keluarga. Mewujudkan peluang perniagaan dan peluang pekerjaan di kalangan ahli keluarga.

KELAYAKAN MENJADI ANGGOTA

Terbuka kepada semua anggota keluarga Muhammad Jabar Bin Haji Abdul Kadir ; termasuk suami/isteri , anak , menantu adik beradik, ibu, ayah, ibu dan ayah mertua, ipar duai sehingga kepada cucu dan cicit dengan syarat telah mencapai usia 18 tahun ke atas.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Permohon hendaklah mengisi Borang Permohonan menjadi anggota yang disediakan oleh koperasi ini dengan percuma.

Bayaran hendaklah dibuat semasa penyerahan borang keanggotaan seperti berikut:

  • Fi Masuk/Pendaftaran: RM 50.00
  • Syer Minima: RM100.00

Bayaran boleh dimasukkan kedalam akaun Koperasi, seperti berikut: Maybank No. 5640 5251 9619

SYARAT-SYARAT LAIN:

Semua borang permohonan hendaklah dilampirkan dengan satu salinan kad pengenalan pemohon dan penama/waris. Sertakan salinan resit deposit ke akaun bank Koperasi, jika berkenaan.

PERMOHONAN MENJADI AHLI

Download Borang Permohonan Menjadi Ahli

ALAMAT BERDAFTAR

Koperasi Keluarga Muhammad Jabar Raub Berhad, d/a No. 36B, Kampong Durian Sebatang, 27400 Dong, Raub, Pahang

ALAMAT SURAT-MENYURAT

No.57, Lorong Batu Unjur 3C
Taman Bayu Perdana
41200 KLANG, Selangor Darul Ehsan
e-mail: kamarulbaharin@kojabar.com

Untuk perkara berkaitan keahlian, hubungi
Mohd Ridzwan Abdul Rahman
Telefon: 013-2068670
emel: ridzwan@kojabar.com